3/09/2013

Dewan Konvoseksyen UUM--DMAS




              Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) atau lebih sinonim dengan panggilan Dewan MAS di kalangan  warga UUM merupakan sebuah dewan ilmu yang tersergam indah dan gagah selain menjadi lambang keunggulan ilmu pengurusan dan kebanggaan seluruh warganya.

             Dewan yang berharga RM15 juta ini telah dimasyhurkan secara rasminya oleh Tunku Canselor, Sultan Abdul  Halim Mu'adzam Shah pada 3 November 1991 bersempena dengan Konvokesyen UUM ke- 4.Dewan yang berkeluasan 9,692 meter persegi ini telah direka bentuk mengikut unsur seni bina Kedah. Ciri  keunggulan wataknya persis Balai Besar, Alor Setar.

             Penerapan unsur-unsur seni bina Kedah seperti  bumbung, tiang-tiang yang tinggi dan besar, tangga utama yang melingkar serta kedudukan bangunan ini di aras yang tertinggi dibandingkan dengan bangunan moden lain di sekelilingnya telah menambahkan lagi kegunaannya. 

            Gabungan dan pemilihan ciri-ciri seni bina tradisional negeri Kedah dengan ruang teres yang luas di sekeliling mewujudkan satu suasana yang selesa untuk semua majlis-majlis universiti yang berkapasiti ramai seperti Majlis Konvekesyen UUM. 

         Beranda yang luas di sekeliling bangunan disediakan bagi menampung orang ramai semasa perhimpunan besar. 

            Bangunan ini terdiri daripada dua buah panggung iaitu panggung utama dan juga teater eksperimen di sebelah belakang dewan. Bagi mengurangkan kos mekanikal dan mencapai kecekapan, kedua-dua pentas yang ada disusun secara bersepadu untuk menjimatkan kos pandang dengar.

            Dewan ini mampu memuatkan 4,000 orang untuk satu-satu masa manakala Dewan Panggung Eksperimen pula seramai 500 orang. Dewan ini turut dilengkapi dengan beberapa bilik utama seperti Bilik Tunku Canselor, Bilik Jubah, Bilik Bakti, Bilik Budi, surau, tandas dan sebagainya. 

             Landmark yang paling popular dan perlu dikenali oleh pelajar UUM adalah Dewan Mu'adzam Shah atau DMAS. Gambar di atas menunjukkan dewan yang terdapat di UUM ialah DMAS.  Dewan ini boleh dikata menjadi ikon UUM. DMAS ini biasanya digunakan untuk acara rasmi iaitu konvokesyen. 

        Setiap tahun, terdapat ramai graduan yang telah tamat pengajian. Grafik di bawah menunjukkan mahasiswi adalah lebih banyak daripada mahasiswa.




             Gambar di atas menunjukkan pentas yang terdapat di dalam Dewan MAS. Pentas ini biasanya digunakan untuk penyampaian sijil konvokesyen. Apabila acara konvoseksyen dimulakan, para hadirin diminta berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu UUM iaitu Biru Warna.


              Selepas itu, para hadirin diminta duduk dan acara diteruskan. Para graduan diminta naik ke pentas dewan untuk menerima sijil dan meneruskan acara lain.


                                            
Akhirnya mereka akan keluar dari Dewan Konvokesyen dan mengambil gambir di luar dewan.

          Gambar di atas menunjukkan graduan yang mengambil gambar dengan rakan-rakannyadi depan DMAS. Ramai graduan suka mengambil gambar di sini disebabkan oleh pemandangan dan bangunan yang sangat menarik akan menjadi kenangan manis mereka.

                               
                Graduan yang membalingkan "topi pengijazahan" untuk meraikan kegembiraan mereka.

No comments:

Post a Comment