Dewan Konvokesyen UPM, iaitu Dewan Besar yang diuruskan oleh Pusat Kebudayaan di Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) boleh memuatkan seramai 3000 orang.
PKKSSAAS merupakan sebuah pusat kebudayaan yang unggul selain memainkan peranan sebagai medium bagi berlangsungnya apa jua majlis dan program anjuran universiti secara khasnya. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Dewan Besar dan Panggung Percubaan.
Antara aktiviti yang dijalankan di sini adalah majlis rasmi universiti seperti Majlis Konvokesyen, Pameran Penyelidikan, Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang, Majlis Makan DiRaja, Majlis Penyampaian Watikah PALAPES, Majlis Makan VVIP UPM, Majlis Bersama Naib Canselor, Majlis Minggu Suaikenal Pelajar Baru, Peperiksaan Pelajar dan aktiviti kebudayaan.
Dewan yang cantik untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Terdapat pelbagai kemudahan di Dewan Besar seperti kemudahan audio visual iaitu P.A Sistem berkuasa tinggi dengan 40 buah mikrofon, P.A Sistem Karaoke dengan 12 mikrofon, LCD Projector dan TV LCD 48 inci.
Sebagai sebuah entiti yang mengendalikan hal yang berkaitan kebudayaan dan kesenian, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Addul Aziz Shah (PKKSSAAS) turut menyediakan peralatan muzik dan tradisional seperti set band, gitar, drum. Set karaoke dan kompang, ghazal, caklempong dan sebagainya.
PKKSSAAS merupakan sebuah pusat kesenian dan kebudayaan yang unggul. Sebagai sebuah entiti yang mengendalikan hal yang berkaitan kesenian dan kebudayaan. PKKSSAAS turut menyediakan kemudahan prasarana dan fasiliti iaitu Dewan Besar dan Panggung Percubaan disamping peralatan muzik moden dan tradisional dan kelab-kelab kebudayaan dan kesenian.
Panggung Percubaan juga sepenuhnya ditadbir urus oleh PKKSSAAS dan merupakan satu medan manifestasi seni bagi aktiviti pelajar dan warga kampus meliputi bidang seni persembahan, mizik, teater, tarian dan penganjuran bengkel-bengkel dalam menyemarakkan kebudayaan dan kesenian berasaskan kecemerlangan seni persembahan. Panggung Percubaan juga banyak digunakan sebagai satu ruang untuk produksi percubaan dalam menghasilkan seramai 500 orang dalam satu-satu masa serta dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Bilik Menanti, bilik urusetia, bilik kawalan audio dan video serta sistem lampu. Di samping melaksanakan majlis rasmi universiti, Dewan Besar dan Panggung Percubaan juga ada menerima tempahan untuk mengadakan pelbagai aktiviti daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, kolej swasta dan aktiviti persatuan pelajar dan program aktiviti akademik daripada setiap PTJ yang terdapat di UPM.
wow, really nice uni ^^
ReplyDeletewell done..