Kami telah mendapati aktiviti konvokesyen yang
dijalankan di UUM adalah tidak begitu lancar. Oleh sebab terdapat ramai
graduan, kelancaran aktiviti adalah tidak begitu memuaskan.
Cadangan untuk melancarkan aktiviti konvokesyen
adalah membahagikan masa konvokesyen mengikut program yang diambil oleh
graduan. Ini dapat memudahkan para pihak dan menjimatkan masa. Selain
itu, kakitangan yang bekerja di pusat konvokesyen mesti mencukupi supaya dapat memastikan konvokesyen berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebanrang masalah. Kakitangan mesti
memberi arahan kepada para hadirin sebelum, semasa, dan selepas konvokesyen
supaya suasana semasa tidak huru-hara.
Di samping itu, pihak anjuran mesti
mengehadkan bilangan ahli keluarga graduan untuk menghadiri aktiviti
konvokesyen. Ini dapat mengelakkan kekurangan tempat duduk yang berada dalam
dewan konvokesyen. Selain itu, tiket masuk dewan diberi kepada graduan supaya hanya boleh membawa 4 ahli keluarga masuk dewan konvokesyen. Hal ini demikian kerana hanya orang yang memiliki tiket dewan konvokesyen sahaja yang boleh diberi masuk ke dewan supaya tidak berlaku masalah ketidakcukupan tempat duduk dan pertelingkahan.
Perhiasan di dalam dewan konvokesyen mesti cukup menarik supaya menarik perhatian hadirin dan boleh memberi memori yang baik dan imej yang baik terhadap Universiti Utara Malaysia. Hal ini penting kerana banyak orang luar yang datang ke UUM. Selain itu, sidang media juga melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Perhiasan yang cantik dan boleh menangkap perhatian semua orang mesti boleh meningkatkan nama baik UUM.

Pembersih juga mesti memastikan dewan
konvokesyen sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih. Perabot-perabot
seperti kerusi juga mesti dalam keadaan yang baik dan sempurna. Ini dapat
memberi imej yang baik kepada para hadirin. Selain itu, keselesaan kerusi juga sangat penting kerana mereka akan duduk beberapa jam di dalam dewan tersebut.
Kesimpulannya, untuk menjayakan aktiviti
konvokesyen adalah tidak begitu senang. Oleh itu, semua pihak mesti bekerjasama
antara satu sama lain.