3/16/2013

Cadangan untuk menjayakan aktiviti konvokesyen

            Kami telah mendapati aktiviti konvokesyen yang dijalankan di UUM adalah tidak begitu lancar. Oleh sebab terdapat ramai graduan, kelancaran aktiviti adalah tidak begitu memuaskan. 

Cadangan untuk melancarkan aktiviti konvokesyen adalah membahagikan masa konvokesyen mengikut program yang diambil oleh graduan.  Ini dapat memudahkan para pihak dan menjimatkan masa. Selain itu, kakitangan yang bekerja di pusat konvokesyen mesti mencukupi supaya dapat memastikan konvokesyen berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebanrang masalah. Kakitangan mesti memberi arahan kepada para hadirin sebelum, semasa, dan selepas konvokesyen supaya suasana semasa tidak huru-hara. 

Di samping itu, pihak anjuran mesti mengehadkan bilangan ahli keluarga graduan untuk menghadiri aktiviti konvokesyen. Ini dapat mengelakkan kekurangan tempat duduk yang berada dalam dewan konvokesyen. Selain itu, tiket masuk dewan diberi kepada graduan supaya hanya boleh membawa 4 ahli keluarga masuk dewan konvokesyen. Hal ini demikian kerana hanya orang yang memiliki tiket dewan konvokesyen sahaja yang boleh diberi masuk ke dewan supaya tidak berlaku masalah ketidakcukupan tempat duduk dan pertelingkahan.

 Perhiasan di dalam dewan konvokesyen mesti cukup menarik supaya menarik perhatian hadirin dan boleh memberi memori yang baik dan imej yang baik terhadap Universiti Utara Malaysia. Hal ini penting kerana banyak orang luar yang datang ke UUM. Selain itu, sidang media juga melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Perhiasan yang cantik dan boleh menangkap perhatian semua orang mesti boleh meningkatkan nama baik UUM.

Pembersih juga mesti memastikan dewan konvokesyen sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih. Perabot-perabot seperti kerusi juga mesti dalam keadaan yang baik dan sempurna. Ini dapat memberi imej yang baik kepada para hadirin. Selain itu, keselesaan kerusi juga sangat penting kerana mereka akan duduk beberapa jam di dalam dewan tersebut. 

 Kesimpulannya, untuk menjayakan aktiviti konvokesyen adalah tidak begitu senang. Oleh itu, semua pihak mesti bekerjasama antara satu sama lain. 

10 comments:

  1. idea idea yang dibagi adalah bagus tetapi lagi ada penambahbaikan tentang konvo di uum seperti lalu lintas, parking, dan sebagainya kerana ia menyusahkan pelajar disebabkan kesesakan lalu lintas.

    ReplyDelete
  2. Wallace17/3/13

    Idea yang anda cadangkan memang bagus cuma perlu menambahkan lagi sedikit daya kreativiti seperti mahasiswa/i diperlukan untuk membuat tayangan power point mereka sendiri dengan menulis rancangan mereka selepas graduasi.

    ReplyDelete
  3. Seorang graduan bukan hanya dapat 2 tiket untuk ahli keluarga masuk dewan ke?

    ReplyDelete
  4. Ada apa cadangan kepada ahli keluarga yang tidak boleh masuk dewan konvensyen ?

    ReplyDelete
  5. Cadangan yang baik

    ReplyDelete
  6. Cadangan Yang baik, dan seperti yang dikatakan oleh Chui Xing,lagi ada banyak isu-isu yang perlu dipertimbangkan seperti masalah tempat parking kereta yang tidak begitu strategik, perancangan lalu lintas untuk kenderaan-kenderaan yang tidak cekap dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. Berdasarkan artikel, tidak boleh dinafikan menjayakan aktiviti konvokesyen adalah tidak begitu senang.Idea yang dibahagikan adalah baik. Sesuatu masalah lagi yang telah wujud adalah UUM konvokesyan telah bertukar dari dua sesi setahun kepada satu sesi setahun. ini menyebabkan berlaku masalah terlalu banyak pelajar graduan. Ia menjadi masalah tersesak secara khasnya kesesakan lalu lintas.

    ReplyDelete
  8. idea-idea yang diberikan adalah sangat bagus. Saya yakin konvo akan dijalankan dengan lancar jika idea-idea tersebut direalisasikan.

    ReplyDelete
  9. Bagus..Sangat Sangat Bagus! I sangat suka. Lepas tengok post ni,I tak nak pergi tengok blog lain dah. Terima kasih banyak banyak!

    ReplyDelete