3/16/2013

Cadangan untuk menjayakan aktiviti konvokesyen

            Kami telah mendapati aktiviti konvokesyen yang dijalankan di UUM adalah tidak begitu lancar. Oleh sebab terdapat ramai graduan, kelancaran aktiviti adalah tidak begitu memuaskan. 

Cadangan untuk melancarkan aktiviti konvokesyen adalah membahagikan masa konvokesyen mengikut program yang diambil oleh graduan.  Ini dapat memudahkan para pihak dan menjimatkan masa. Selain itu, kakitangan yang bekerja di pusat konvokesyen mesti mencukupi supaya dapat memastikan konvokesyen berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebanrang masalah. Kakitangan mesti memberi arahan kepada para hadirin sebelum, semasa, dan selepas konvokesyen supaya suasana semasa tidak huru-hara. 

Di samping itu, pihak anjuran mesti mengehadkan bilangan ahli keluarga graduan untuk menghadiri aktiviti konvokesyen. Ini dapat mengelakkan kekurangan tempat duduk yang berada dalam dewan konvokesyen. Selain itu, tiket masuk dewan diberi kepada graduan supaya hanya boleh membawa 4 ahli keluarga masuk dewan konvokesyen. Hal ini demikian kerana hanya orang yang memiliki tiket dewan konvokesyen sahaja yang boleh diberi masuk ke dewan supaya tidak berlaku masalah ketidakcukupan tempat duduk dan pertelingkahan.

 Perhiasan di dalam dewan konvokesyen mesti cukup menarik supaya menarik perhatian hadirin dan boleh memberi memori yang baik dan imej yang baik terhadap Universiti Utara Malaysia. Hal ini penting kerana banyak orang luar yang datang ke UUM. Selain itu, sidang media juga melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Perhiasan yang cantik dan boleh menangkap perhatian semua orang mesti boleh meningkatkan nama baik UUM.

Pembersih juga mesti memastikan dewan konvokesyen sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih. Perabot-perabot seperti kerusi juga mesti dalam keadaan yang baik dan sempurna. Ini dapat memberi imej yang baik kepada para hadirin. Selain itu, keselesaan kerusi juga sangat penting kerana mereka akan duduk beberapa jam di dalam dewan tersebut. 

 Kesimpulannya, untuk menjayakan aktiviti konvokesyen adalah tidak begitu senang. Oleh itu, semua pihak mesti bekerjasama antara satu sama lain. 

3/15/2013

Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia









       Dewan ini direka bentuk khusus untuk Majlis Konvokesyen. Reka bentuknya adalah hasil ciptaan arkitek Pejabat Pengarah Kerja UTM dengan menitikberatkan konsep seni bina Melayu yang unik.

Dewan Sultan Iskandar boleh menampung seramai 3,456 orang. Tingkat bawah dijadikan ruang utama dan tingkat atas sebagai galeri dewan. Tingkat bawah dibahagikan kepada tiga bahagian, bahagian teres, datar dan pentas. Manakala tingkat atas atau galeri disediakan satu ruang khas yang dikenali dengan Anjung Diraja.

Tingkat paling atas adalah lebih besar dari tingkat-tingkat bawah supaya dapat diwujudkan bendul di sekeliling bangunan sepertimana biasa terdapat pada rumah-rumah Melayu. Rupa bentuk bendul yang digunakan adalah bendul rumah Melayu Pantai Timur.

Latar belakang pentas yang diperbuat daripada kayu yang dihiasi dengan ukiran dan dikemaskan dengan tenunan tekat sebagai simbol tradisi teknologi Melayu. Tenunan tekat berwarna emas dan merah pulasan yang digunakan sebagai hiasan latar belakang pentas untuk menimbulkan harmoni dengan jubah konvokesyen yang juga diperbuat daripada songket.

Reka bentuk bumbung Dewan Sultan Iskandar adalah berbentuk curam bertingkat-tingkat mirip kepada seni bina rumah Melayu Pantai Timur sesuai dengan iklim negara ini yang sentiasa terdedah kepada hujan dan sinaran cahaya matahari sepanjang tahun.

Konsep reka bentuk dinding terutama dinding luar bangunan dibina daripada bahan konkrit tetulang menyerupai penyambungan struktur kayu dalam rumah Melayu. Hiasan pintu masuk utama ke Dewan Sultan Iskandar pula diterapkan dengan ukiran bermotifkan lada hitam yang merupakan tanaman popular tradisional Negeri Johor Darul Takzim.

Dewan Sultan Iskandar yang digunakan untuk upacara konvokesyen UTM juga digunakan untuk aktiviti akademik, seminar, persidangan, pengajaran dan pameran yang menyumbang ke arah kecemerlangan Universiti Teknologi Malaysia.

Pintu Masuk Dewan Sultan Iskandar

Semasa menunggu perasmian konvokesyen


Semua graduan gembira meraikan konvokesyen



3/14/2013

Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia


    Universiti Kebangsaan Malaysia


            Dewan Canselor Tun Abdul Razak merupakan sebuah dewan utama yang tertua dan terbesar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dewan ini dibina pada 1971 dengan  keluasan 3.5 hektar, dan mula digunakan untuk majlis konvokesyen sejak tahun 1973 lagi. Dewan ini juga digunakan untuk acara-acara rasmi universiti lain seperti peperiksaan akhir semester, majlis anugerah kakitangan, jamuan hari raya dan sambutan ambang merdeka.

             Keluasannya ialah 105’ x 104.6’ (ruang lantai) dan 33’ x 78.7’ (ruang pentas). Dewan ini boleh muat 3300 buah kerusi iaitu 2100 buah kerusi teres (tetap) dan 1200 buah kerusi (mudah alih). Kemudahan asas yang ada melingkungi ialah alat perakam suara, alat perakam, sistem suara, mikrofon, rostrum, penyaman udara, layar skrin,sistem pencahayaan dan platform/ pentas mudah alih.

       Konvokesyen, persidangan, peperiksaan akademik/umum, persembahan kesenian/rakaman, perhimpunan pelajar/umum, projek persatuan – kerjaya, jamuan tahunan, pertandingan/majlis anugerah boleh diadakan di dalam dewan ini.

Selamat datang ke UKM

Semasa bacaan doa dijalankan


Semasa nyanyian Lagu Varsiti


Lagu rasmi UKM

3/13/2013

Dewan Konvokesyen UPM- PKKSSAAS


          Dewan Konvokesyen UPM, iaitu Dewan Besar yang diuruskan oleh Pusat Kebudayaan di Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) boleh memuatkan seramai 3000 orang.  PKKSSAAS merupakan sebuah pusat kebudayaan yang unggul selain memainkan peranan sebagai medium bagi berlangsungnya apa jua majlis dan program anjuran universiti secara khasnya. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Dewan Besar dan Panggung Percubaan.


           Antara aktiviti yang dijalankan di sini adalah majlis rasmi universiti seperti Majlis Konvokesyen, Pameran Penyelidikan, Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang, Majlis Makan DiRaja, Majlis Penyampaian Watikah PALAPES, Majlis Makan VVIP UPM, Majlis Bersama Naib Canselor, Majlis Minggu Suaikenal Pelajar Baru, Peperiksaan Pelajar dan aktiviti kebudayaan.

 Dewan yang cantik untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

          Terdapat pelbagai kemudahan di Dewan Besar seperti kemudahan audio visual iaitu P.A Sistem berkuasa tinggi dengan 40 buah mikrofon, P.A Sistem Karaoke dengan 12 mikrofon, LCD Projector dan TV LCD 48 inci.

          Sebagai sebuah entiti yang mengendalikan hal yang berkaitan kebudayaan dan kesenian, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Addul Aziz Shah (PKKSSAAS) turut menyediakan peralatan muzik dan tradisional seperti set band, gitar, drum. Set karaoke dan kompang, ghazal, caklempong dan sebagainya. 

           PKKSSAAS merupakan sebuah pusat kesenian dan kebudayaan yang unggul. Sebagai sebuah entiti yang mengendalikan hal yang berkaitan kesenian dan kebudayaan. PKKSSAAS turut menyediakan kemudahan prasarana dan fasiliti iaitu Dewan Besar dan Panggung Percubaan disamping peralatan muzik moden dan tradisional dan kelab-kelab kebudayaan dan kesenian.


              Panggung Percubaan juga sepenuhnya ditadbir urus oleh PKKSSAAS dan merupakan satu medan manifestasi seni bagi aktiviti pelajar dan warga kampus meliputi bidang seni persembahan, mizik, teater, tarian dan penganjuran bengkel-bengkel dalam menyemarakkan kebudayaan dan kesenian berasaskan kecemerlangan seni persembahan. Panggung Percubaan juga banyak digunakan sebagai satu ruang untuk produksi percubaan dalam menghasilkan seramai 500 orang dalam satu-satu masa serta  dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Bilik Menanti, bilik urusetia, bilik kawalan audio dan video serta sistem lampu. Di samping melaksanakan majlis rasmi universiti, Dewan Besar dan Panggung Percubaan juga ada menerima tempahan untuk mengadakan pelbagai aktiviti daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, kolej swasta dan aktiviti persatuan pelajar dan program aktiviti akademik daripada setiap PTJ yang terdapat di UPM.

Graduan yang bersedia untuk memasuki ke dalam dewan konvokesyen. 

Graduan sedang berbual-bual dengan canselor dan mendapat pendapatan daripadanya.
          

3/12/2013

Dewan Konvokesyen UM- Dewan Tunku Canselor



                Dewan Konvokesyen UM, iaitu Dewan Tunku Canselor (DTC), telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 25 Jun 1966.

             Sempena perasmiannya, dewan ini menjadi tempat berlangsungnya istiadat konvokesyen untuk sesi 1965/66 dengan 587 orang graduan menerima ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran manakala 115 orang graduan menerima Diploma Pendidikan.

             Rekabentuk dewan adalah hasil rekaan oleh Dato' Kington Loo, arkitek moden dari firma BEP Arkitek. Ini telah mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan. Ia merupakan antara beberapa struktur pertama di negara ini yang mengikut pengaruh tokoh Arkitek Moden berbangsa Switzerland- Perancis, Le Corbusier. Beliau adalah antara tokoh arkitek moden yang amat mementingkan kesesuaian rekabentuk mengikut kegunaan, selain penggunaan bahan binaan yang sesuai dan tidak mengenakan sebarang hiasan pada sesuatu binaan. Rekabentuk DTC hampir menyamai bangunan Bank Negara Malaysia yang menggunakan konsep kemodenan simen yang tidak bercat.
               Bangunan Dewan Tunku Canselor.


                                             Reka bentuk yang moden dan simen yang tidak bercat.

         Sebelum Wujudnya DTC, istiadat konvokesyen UM telah dilangsungkan di beberapa tempat lain seperti Dewan Tunku Abduk Rahman di Jalan Ampang pada 1961, Stadium Negara (1962), Dewan Bahasa dan Pustaka (1963), Stadium Chin Woo (1964) dan Bangunan Parlimen (1965). Dewan yang boleh memuatkan seramai 25,000 orang ini merupakan dewan yang terbesar di Kuala Lumpur ketika itu.

           Pada peringkat awal, DTC tidak mempunyai pentas seperti sekarang, yang terdapat hanya sebuah platform kecil. Sekitar tahun 1969-1971, pihak British Council ingin mengadakan satu persembahan Balet di Kuala Lumpur dan memerlukan dewan yang agak besar. Pihak British Council sanggup mengeluarkan kos mengadakan sebuah pentas dan kemudiannya dihadiahkan kepada UM.

             Dengan adanya DTC, UM pada masa itu telah mempunyai tempat yang tetap bagi istiadat konvokesyen dan lain-lain majlis seperti persidangan dan seminar selain persembahan seni kebudayaan dan peperiksaan akhir semester. Tahun demi tahun, DTC terus menempa sejarah dalam kegemilangan akademik dengan pertambahan graduan yang menerima ijazah masing-masing sehinggalah pada tahun 2000.
                              
    Graduan yang menunjukkan kegembiraan mereka.

3/11/2013

Orientasi + Peperiksaan + Majlis lain

                 Selain daripada majlis konvokesyen yang dapat dilaksanakan di Dewan Mu'adzam Shah, dewan ini juga boleh mempunyai aktiviti lain seperti peperiksaan dan orientasi.

                 Mahasiswa dan mahasiswi akan pergi ke DMAS untuk menduduki peperiksaan setengah semester dan peperiksaan akhir.

Bas berhenti di depan DMAS, mahasiswa dan mahasiswi berjalan masuk dewan untuk menduduki peperiksaan.

Semasa peperiksaan dijalankan, semua mahasiswa dan mahasiswi menumpu sepenuh perhatian untuk menjawab soalan.

              Selain daripada peperiksaan, Dewan Mu'adzam Shah juga boleh mengadakan orientasi di dalam dewan tersebut. Sepanjang minggu suai kenal, mahasiswa dan mahasiswi biasanya akan berada di DMAS untuk mendengar ucapan dan mendapat informasi mengenai Universiti Utara Malaysia. Biasanya, minggu suai kenal akan berlangsung selama 1 minggu. 
Minggu Suai Kenal 2012

Semasa semua mahasiswa dan mahasiswi melafaz ikrar

Lagu theme untuk orientasi 2012

Semasa ucapan dibuat, semua mahasiswa dan mahasiswi menumpu perhatian untuk mendegar ucapan mengenai UUM
                  Dewan Mu'adzam Shah juga boleh menjadikan dewan untuk mengadakan konsert dan majlis lain. 
Semasa konsert Diraja

3/10/2013

Jam Besar DMAS


              Gambar di atas menunjukkan jam besar yang terdapat di luar DMAS. Ini adalah salah satu keunikan di DMAS. Jam ini adalah jam yang benar dan mengikut masa sebenar. Jam ini dihiaskan dengan rumput-rumput dan bunga-bunga yang cantik. Kami tidak akan mendapatinya ialah jam jika tidak melihat dengan teliti. 


                Jam ini juga menjadi salah satu tempat mengambil gambar oleh orang ramai. Ia juga menjadi tempat yang mesti diambil gambar oleh para graduan. Di sekeliling jam ini terdapat lorong kecil yang dapat memenuhi saramai 18 orang untuk berdiri di dalamnya untuk mengambil gambar.